Masih ‘Jiwa’ UMNO, Ismail Sabri Bantu Kempen Calon BN

KUALA LUMPUR: Meskipun dilihat kurang senada dengan kepimpinan UMNO selepas Pilihan Raya Umum ke-15 dan Perhimpunan Agung UMNO yang lalu, namun itu tidak menghalang sokongan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada calon-calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Malah bekas perdana menteri itu juga turun padang untuk berkempen bagi calon Kerajaan Perpaduan.

Memetik laporan FMT, bekas Naib Presiden UMNO itu juga menegaskan sudah tentu beliau bersama UMNO.

“Saya UMNO… masih lagi… memang saya akan turun sokong calon BN,” katanya semasa bertemu warga DUN Senaling bersama calon, Datuk Ismail Lasim di Flat Sentosa.

Ismail juga memberitahu beliau masih seorang pemimpin UMNO, iaitu Ketua Bahagian Bera, walaupun sebelum ini tidak menyertai pemilihan naib presiden.

Dalam pada itu Ismail berkata DUN Senaling merupakan persinggahan pertamanya membantu calon berkempen, diikuti Johol dan Tampin.

BBerkaitan

Latest articles