Masih ada Pesawat Bawa Penumpang Dari India ? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan

Semua penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) dari India yang tular di media sosial adalah penerbangan kargo.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, sejak 28 April lepas kerajaan menetapkan semua penerbangan penumpang dari dan ke negara India dilarang memasuki Malaysia.

“Hanya penerbangan kargo yang akan dibenarkan pada masa ini.

“Penerbangan pesawat penumpang juga kosong, dan digunakan untuk membawa muatan yang kebanyakannya adalah barangan farmasi, ubat-ubatan, telefon bimbit, komponen elektrik dan bungkusan kurier,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Penerbangan pesawat penumpang juga kosong, dan digunakan untuk membawa muatan yang kebanyakannya adalah barangan farmasi, ubat-ubatan, telefon bimbit, komponen elektrik dan bungkusan kurier.

Tambah Wee Ka Siong lagi Mengubah penerbangan penumpang kepada kargo bukanlah sesuatu yang baharu (P2C penumpang-ke-kargo) dan dipraktikkan MAB selama berbulan-bulan sebelum ini susulan berlakunya pandemik COVID-19.

” CAAM, MAS Kargo di bawah kendalian Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan Suruhanjaya Penerbangan Awam (Mavcom) juga telah mengesahkan fakta ini”

Mengulas lanjut, Wee berkata bahawa Semakan dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga mengesahkan bahawa kes seorang pemegang pas pekerja asing warga India yang memasuki Malaysia adalah berlaku lebih awal iaitu pada 10 April.

” Pelancong bukan Malaysia dari India tidak dibenarkan memasuki atau transit di Malaysia pada masa ini”.

” Walau bagaimanapun, pengecualian akan dibuat untuk warganegara Malaysia yang memasuki Malaysia dari India tanpa melalui imigresen dan kastam”.

Semua kru (juruterbang, jurutera, dan kru kabin) tetap berada di atas kapal. MAB juga melarang mana-mana krew penyelenggaraan pesawat dari India memasuki pesawat yang berkenaan katanya lagi.

Pekerja asing yang memegang pas lawatan kerja sementara, pekerja perniagaan, dan pelajar antarabangsa dari India juga akan dihalang tertakluk kepada arahan yang berkuatkuasa 28 April 2021.

Warganegara Malaysia (pelajar dan pekerja), keluarga mereka dan pasangan bukan warganegara Malaysia yang pulang ke Malaysia dari India juga dibenarkan dengan kuarantin mandatori 14 hari di pusat-pusat yang ditetapkan.

Untuk makluman, setelah mesyuarat MKN pada 28 April 2021 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berakhir pada pukul 5 petang, saya telah menganjurkan perjumpaan secara maya pada jam 5.10 petang dan secara peribadi berkomunikasi dengan semua pihak yang berkepentingan berdasarkan hasil pertemuan tersebut.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1885993534901475&id=1002345083266329

Walaupun saya sangat kesal dengan penyebaran beberapa maklumat yang salah mengenai status penerbangan ini, namun saya memberi jaminan kepada rakyat bahawa Kerajaan begitu prihatin dan peka dengan situasi di negara seluruh dunia dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles