Marah Cuti Tidak Diluluskan, Lelaki Campak Sofa Dan Tong Gas Dari Tingkat Lima

Kerana amarah selepas permohonan cutinya tidak diluluskan seorang lelaki bertindak mencampakkan sofa dan tong gas dari tingkat lima rumah pangsapuri yang didiaminya di Taman Melaka Baru, Batu Berendam, Melaka, hari ini.

Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 1.30 pagi itu.

Beberapa kenderaan yang diletakkan di bawah pangsapuri rosak kerana dihempap barangan yang dibaling lelaki berkenaan.

BACA JUGA – Wanita “Kantoi” Mencuri Dapat Sumbangan Makanan, Kool Fever Dari Polis

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, hasil siasatan awal, lelaki berusia 25 tahun itu bertindak agresif selepas mendapat tahu permohonan cutinya tidak diluluskan oleh majikan.

“Difahamkan dia membuat permohonan cuti untuk pulang ke kampung halaman bagi menziarahi bapanya yang sakit.

“Berang permohonannya ditolak, lelaki tersebut bertindak membaling sofa dan tong gas masak dari tingkat lima ke bawah,” katanya seperti yang dilaporkan portal Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Afzanizar berkata, tiada individu berada di laluan tersebut ketika kejadian.

“Susulan kejadian itu kita telah menahannya sebelum dihantar ke Hospital Melaka untuk menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Tambahnya, pihaknya juga masih belum merakam keterangan daripada suspek dan siasatan lanjut sedang dibuat termasuk meneliti laporan dibuat pemilik kenderaan yang rosak dalam insiden tersebut.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,513FollowersFollow
20,100SubscribersSubscribe

Terkini