Ketika virus Covid-19 ini menular di serata dunia, macam-macam hal yang berlaku sehingga ada yang terjadi tidak masuk akal sama sekali.
Di Makassar, Indonesia lima orang suspek kes rompak terima padah lebih besar apabila tersalah merompak rumah seorang pesakit yang positif Covid-19 dua hari lepas sehingga mereka dipaksa menjalani ujian saringan oleh polis.
Pihak polis berjaya memberkas mereka dalam masa 24 jam selepas mereka merompak rumah mangsa.
Rumah terbabit tidak berpenghuni ketika kejadian berlaku kerana pemilik rumah berkenaan sedang dikuarantin dan menerima rawatan akibat penyakit yang disebabkan oleh koronavirus itu.
BACA JUGA – Kadar Sembuh Pesakit Covid19 Di Malaysia Melebihi Purata Global
Mereka mencuri barang kemas, wang tunai dan polis mengesyaki mereka turut membawa sekali virus berkenaan.
Berita Kompas TV melaporkan, lima pencuri itu mememah masuk ke dalam rumah berkenaan dan mencuri kira-kira 15 gram barang emas serta wang tunai kira-kira RM6,000.
Selepas ditangkap, mereka turut diletakkan di dalam lokap berasingan ketika ditahan.
Kemudian, mereka dipaksa buat ujian saringan Covid-18 di perkarangan Balai Polis Panakkukang. TRI