Lelaki Parang Isteri, Anak Akan Direman Hari Ini

SIBU: Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menetak isteri dan anak perempuannya menggunakan parang dalam kejadian ngeri di sebuah rumah di Permai Jaya, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, suspek berusia 57 tahun itu diberkas pasukan petugas khas di kawasan Kanowit sekitar jam 4.15 petang.

“Suspek akan direman di Mahkamah Sibu pada Khamis bagi membantu siasatan lanjut. Setakat ini, polis masih mengenal pasti motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zulkipli, pihaknya menerima panggilan kecemasan MERS 999 sekitar jam 7 pagi daripada salah seorang mangsa yang memaklumkan dia dan ibunya diserang oleh ayahnya sendiri menggunakan parang.

Ekoran laporan itu, polis menubuhkan pasukan petugas khas dan berjaya menahan suspek beberapa jam kemudian hasil tindakan pantas anggota di lapangan.

Akibat kejadian tersebut, isteri suspek dilaporkan kritikal dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu, manakala anak perempuan berusia 20 tahun mengalami kecederaan parah di kepala namun dilaporkan stabil.

BBerkaitan

Latest articles