Lebih Baik Terus Jadi Pembangkang Jika Sokong Dr Mahathir Lagi

Pakatan Harapan (PH) berpeluang mendapat sokongan popular kembali sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai calon perdana menteri.

PKR, menerusi naib presidennya, Chang Lih Kang memberitahu tiga parameter telah ditetapkan sebagai usaha mendapatkan semula kuasa sebagai kerajaan persekutuan.

Sebagaimana diketahui PKR menolak pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri meskipun dalam tempoh setengah tahun untuk memastikan Anwar, selaku Presiden parti diberi laluan untuk jawatan berkenaan.

Anwar Jumpa Muhyiddin Untuk Bincang Pembentukan Kerajaan PH

PKR Tolak Cadangan Namakan Mahathir Sebagai Perdana Menteri Baharu

Parameter tersebut menyebut bahawa memastikan Dr Mahathir bukan peneraju, ahli parlimen yang bersama pembangkang bersetuju dengan ‘agenda reformasi’ dan kata sepakat dari tiga parti komponenPH sebelum menerima pertukaran sokongan.

“Kami tidak setuju (mempunyai) Mahathir sebagai PM bukan lah kerana kami mahu presiden kami (Anwar) menjadi PM, tetapi kami fikir jika kami diberi satu lagi peluang untuk berada di dalam kerajaan lagi, maka perlu ada permulaan baru.

“Seperti yang telah kami lihat dalam 22 bulan pemerintahan HarapanPH, ada banyak masalah dan beberapa kesilapan. Kami pernah sangat popular di kalangan rakyat selepas PRU14 pada 2018 tetapi kami sangat dibenci pada pilihan raya kecil Tanjong Piai…

“Jadi jika kami memerintah lagi, kami harus menyingkirkan masalah ini dan bermula dari awal. Itulah sebabnya kami tidak boleh meminta Mahathir untuk menjadi PM lagi untuk kali ketiga, jika tidak, kami akan kembali semula pada keadaan yang sangat dibenci oleh pengundi (di Tanjong Piai),” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Dr Mahathir kembali dicalonkan sebagai perdana menteri dan mendapat sokongan DAP dan Amanah selepas Anwar gagal mendapatkan sokongan majoriti sehingga 16 Jun lalu.

Chang berkata, adalah ‘lebih baik untuk PH terus menjadi pembangkang’ jika berterusan memberi peluang kepada Dr Mahathir menjadi perdana menteri buat kali ketiga.

“Kami sudah menentukan parameter kamu dan kami akan patuh terhadapnya. Kami telah putuskan tidak mahu Mahathir, maksudnya tidak mahu Mahathir sebagai perdana menteri lah,” jelasnya.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini