Langgar PKP, Nurul Hidayah Dan Suami Didenda RM800

Gara-gara memuatnaik gambar bersama dua menteri di laman sosial Instagram, anak dan menantu bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini dikenakan denda sebanyak RM800.

Nurul Hidayah dan Saidul Nizam Mohd Yusoff mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan di hadapan Majistret Shah Wira Abdul Halim.

Nurul dan Saidul membayar denda tersebut.

Mana-mana individu yang bertindak melanggar arahan PKP boleh dikenakan denda maksimum RM1,000, penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Kedua-duanya dikritik selepas memuatnaik gambar perjumpaan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Timbalan Menteri Alam Sekitar, Datuk Ahmas Masrizal Muhammad di Instagram pada 20 April lalu.

BBerkaitan

Latest articles