Lagi Pemimpin UMNO Selar Hantaran Bee Yin Rai Keputusan Mahkamah

KUALA LUMPUR: Hantaran Yeo Bee Yin, Ahli Parlimen DAP, yang disifatkan meraikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah, mendapat kritikan keras daripada pemimpin UMNO.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali, menegaskan tindakan Bee Yin sebagai tidak sensitif dan biadab, lebih-lebih lagi ketika UMNO sedang berduka berikutan keputusan mahkamah yang mengekalkan Najib di Penjara Kajang.

“Di saat keluarga dan parti berdukacita kerana permohonan DS Najib gagal, ada pula ahli Parlimen DAP yang merayakannya. Kejadian ini langsung tidak menghormati rakan kerjasama politik dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Hantaran Bee Yin yang berbunyi, “Satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini”, dikongsi beberapa jam selepas Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan Titah Adendum tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 pada 29 Januari lalu, sekali gus menegaskan bahawa permohonan tahanan rumah Najib tidak sah.

BBerkaitan

Latest articles