KPM Rangka Agenda Reformasi Sistem Pendidikan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan pihaknya sedang melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mereformasikan pendidikan negara, susulan Laporan Bank Dunia yang memberi gambaran membimbangkan terhadap sistem pendidikan negara.

Antara intipati laporan bertajuk Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills itu menyentuh kualiti dan akses pendidikan prasekolah termasuk pembangunan profesionalisme guru.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia akan melakukan pengstrukturan semula sistem prasekolah, Kurikulum Persekolahan 2027 dan intervensi kurikulum bagi menangani keciciran pembelajaran.

Antara lain ialah kelas prasekolah turut diperluas di seluruh institusi pendidikan KPM dalam memastikan isu keciciran murid dapat ditangani dari awal.

Malah tumpuan turut diberi kepada pembangunan profesionalisme guru dengan meningkatkan kompetensi mereka termasuk memperkenalkan Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) bagi memenuhi kompetensi digital guru.

BBerkaitan

Latest articles