KPLB Umum Ku Rahman Pengerusi KEDA Yang Baharu

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melantik Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang baharu berkuat kuasa 1 Jun ini.

Abd Rahman adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Guar Cempedak yang mengumumkan keluar UMNO pada Mac 2008.

Beliau berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains Getah (Rubber Science) dari Loughborough University, England, United Kingdom.

Selain itu, Abd Rahman turut memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Sains dan Teknologi Polimer dari Universiti North London, England dan Ijazah Sarjana (M.Sc) dalam bidang yang sama dari Universiti Loughborough.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Presiden Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia (Defacto Ambassador, Ketua Perwakilan) di Taiwan (2005-2007) dan Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darul Aman Bhd (2001-2004).

Sementara itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, pihaknya yakin dengan ketokohan dan keupayaan Abd Rahman untuk menerajui KEDA melalui kepakaran dan pengalaman luas dimilikinya.

“Saya berharap beliau dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang bagi memajukan KEDA pada masa depan,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

BBerkaitan

Latest articles