Korea Selatan Rekodkan Jangkitan Mendadak Kluster Kelab Malam

Korea Selatan semalam mengumumkan peningkatan mendadak jangkitan Covid-19 sejak lebih sebulan lalu disebabkan kluster di kelab-kelab malam di Seoul menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menangguhkan perancangan untuk membuka semula sesi persekolahan.

Negara itu sejak kebelakangan ini sudah dianggap model global tentang langkah mereka menangangi virus itu tetapi pada hujung minggu di Seoul, Gyeonggi dan Incheon mereka mengarahkan kelab malam dan bar ditutup ekoran kes naik begitu mendadak.

Ia membuatkan kerajaan Korea Selatan bimbang akan tercetusnya gelombang kedua.

Pihak berkuasa kini bertungkus-lumus menjejaki ribuan orang yang mengunjungi pusat-pusat hiburan di Itaewon kawasan tumpuan untuk aktiviti hiburan termasuk lokasi beberapa kelab homoseksual.

Kebanyakan pengunjung keberatan untuk tampil kerana stigma masyarakat Korea terhadap golongan gay.

BACA JUGA – Strategi Malaysia Kawal Covid-19 Dapat Pujian Penyelidik Australia

Peningkatan itu berlaku serentak ketika Eropah sudah mula membuka kembali perniagaan mereka secara berhati-hati kerana mengikut nasihat pakar kesihatan jika perniagaan dibuka mendadak, jangkitan akan menjadi lebih teruk.

Seoul melaporkan 35 kes semalam menjadikan kes kumulatif sebanyak 10,909 jumlah kes dua angka selepas mereka merekodkan kes satu angka selama lapan hari berturut-turut yang mana kebanyakannya kes dari luar negara.

Kini, kluster kelab malam sudah meningkat kepada 86 kes, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan (KCDC) Korea Selatan.

Ia bermula apabila seorang lelaki berusia 29 tahun disahkan positif selepas menghabiskan malam di lima buah kelab di Itaewon awal bulan ini.

“Majoriti para pengunjung tidak dapat dikesan.

“Anda diminta menghubungi klinik dan pusat kesihatan terdekat segera,” kata Perdana Menteri Korea Selatan Chung Sye-kyun. – TRI

BBerkaitan

Latest articles