“Kita Borak Biasa” – Reaksi Ismail Sabri Tentang Perjumpaan Dengan PH

KUALA LUMPUR: Meskipun jelas kelihatan mereka mengadakan pertemuan bersama di Hotel Seri Pacific, hari ini, namun pemimpin Barisan Nasional (BN) enggan memberi maklumat lanjut Intipati pertemuan mereka dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka menerima kunjungan pemimpin pakatan itu sebagai ‘tetamu’.

Malah beliau berkata, sehingga kini akuan bersumpah (SD) bagi menamakan calon Perdana Menteri juga belum ditandatangani.

Katanya, BN juga sudah meminta penangguhan penyerahan SD kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

“Tidak bincang apa..tak berunding… tetamu datang rumah kita layan, borak biasa.

“Rundingan dengan Perikatan Nasional (PN) ke dengan PH ke semua tak buat lagi.

“Ye lah, dia (PH) datang takkan kita tak layan. kita borak borak, salam salam macam biasa,” katanya kepada pemberita.

BBerkaitan

Latest articles