RCI Tabung Haji: Dua Pemimpin UMNO Termasuk CEO Dijangka Diheret Ke Mahkamah Minggu Ini?

KUALA LUMPUR: Dua pemimpin UMNO dan seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) dijangka diheret ke mahkamah minggu ini susulan kes berprofil tinggi melibatkan siasatan kes Tabung Haji (TH), baru-baru ini.

Menurut sumber, ini sekali gus mencetuskan persoalan besar mengenai sejauh mana ketirisan dan salah guna kuasa berlaku dalam pengurusan dana rakyat agensi itu.

​Kata sumber itu lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat lampu hijau Peguam Negara untuk meneruskan pendakwaan menerusi tiga kertas siasatan berasingan.

“​Bagaimana seorang individu bergelar pemimpin parti boleh menyalahgunakan kedudukan dengan mencadangkan diri sendiri sebagai pengerusi sebuah anak syarikat, lengkap dengan ganjaran lumayan RM690,000 setahun berserta kenderaan mewah BMW siri 7 dan pemandu peribadi?

“​Apakah rasional di sebalik tindakan melepaskan bayaran mega mencecah RM1.5 bilion kepada sebuah entiti seperti Ar Rawda, sedangkan pihak pengurusan sedia maklum syarikat terbabit sedang menanggung kerugian?

“​Bagaimana pula pihak korporat di peringkat pimpinan syarikat maritim boleh memperdaya institusi sebesar TH hingga mengakibatkan kerugian mencecah RM10.3 juta?” kata sumber itu.

Jelas sumber itu, siri pertuduhan dijadual bermula dari Rabu hingga Jumaat ini.

BBerkaitan

Latest articles