Kementerian Kesihatan menjangkakan peningkatan kes baru berkaitan Covid-19 pada hari ini dan esok susulan pemeriksaan berterusan terhadap warga asing di tiga depoh imigresen.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya telah memeriksan Depoh Imigresen di Bukit Jalil, Semenyih dan Sepang.
“Kami masih menunggu (beberapa) hasilnya, ujian telah dilakukan, kami menunggu hasilnya dalam masa 24 jam ke depan ini.
“Jadi hari ini, esok dan lusa, kami menjangkakan peningkatan kes,” kata Noor Hisham pada sidang media Kementerian Kesihatan di Putrajaya semalam.
Jangan risau, semua depoh imigresen terasing, terkawal – KP Kesihatan
Ujar Noor Hisham, mereka yang dijangkiti Covid-19 telah diasingkan dan akan dihantar ke hospital untuk proses kuarantin.
Dalam pada itu, daripada jumlah 66 kes positif bagi kluster depoh imigresen Semenyih, hanya seorang sahaja pesakit dari waganegara Malaysia yang juga merupakan staf pentadbiran depoh tersebut.
Bagaimanapun belum diketahui sama ada staf itu dijangkiti Covid-19 daripada tahanan di depoh atau mendapat jangkitan dari luar.