Kerajaan Setuju Pengeluaran Khas KWSP RM10,000, Butiran Akan Diumumkan Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Perincian lanjut mengenai pengeluaran khas simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 akan diperincikan oleh pengurus dana pencen itu dalam masa terdekat ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, KWSP juga akan mengumumkan langkah-langkah perlu bagi menangani isu dana persaraan ahli-ahli KWSP yang telah berkurangan.

Untuk rekod, kerajaan membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

”Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaandaripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

“Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000,” kata beliau.

BBerkaitan

Latest articles