Kenyataan Sinis Pemimpin DAP, Ahmad Zahid Beri Amaran

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, turut mengingatkan agar tidak “menyimbah minyak pada api yang sedang marak”.

Walaupun tidak menamakan mana-mana individu, amaran Ahmad Zahid itu merujuk kepada kenyataan pemimpin DAP berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman Datuk Seri Najib Razak berhubung tahanan rumah.

Terdahulu Ahli Parlimen Puchong merangkap Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Yeo Bee Yin menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan sebagai “antara perkara yang perlu diraikan menjelang hujung tahun”.

Hantaran berkenaan dimuat naik beberapa jam selepas keputusan mahkamah diumumkan dan telah mencetuskan kemarahan serta reaksi keras daripada pemimpin UMNO yang menganggapnya tidak sensitif serta menyakiti perasaan ahli keluarga dan penyokong bekas Perdana Menteri itu.

BBerkaitan

Latest articles