Kemenangan Bersendirian UMNO Di Melaka Mungkin Boleh Berulang Di Johor

JOHOR BAHRU: Tidak ada masalah jika UMNO Johor bertanding secara bersendirian di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), sekiranya benar ura-ura Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bakal dibubarkan.

Ketua Wanita UMNO Johor, Asiah Md Ariff bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung spekulasi pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada PRN.

“Kalau bersendirian pun insyaAllah.

“(Tapi) Saya tak mahu komen sangat hal ini, biarlah Pengerusi Perhubungan UMNO Johor yang buat komen. Kita pun belum dapat apa-apa butiran mengenai Muafakat Nasional (MN),” katanya yang ditemui pemberita di perkarangan Bangunan UMNO Johor, hari ini.

Asiah, dalam masa yang sama yakin rakyat akan memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN), kali ini.

Malah Wanita UMNO Johor juga mahu membantu kemenangan parti itu dalam pilihan raya akan datang, selain mahu membawa hasrat menambah lebih ramai calon wanita kali ini.

BBerkaitan

Latest articles