Isu Pengampunan Najib: Wawasan Negara Junjung Kasih Titah Agong

​KUALA LUMPUR: Parti Wawasan Negara menjunjung kasih ke bawah duli Yang di-Pertuan Agong di atas kebijaksanaan Seri Paduka Baginda menamatkan polemik mengenai isu pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Razak.

​Setiausaha Nasionalnya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, pihak parti turut melahirkan rasa bersyukur kerana akhirnya Titah Diraja tersebut dijunjung oleh pihak kerajaan.

​Mengulas lanjut, beliau menarik perhatian kepada Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan yang jelas memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi ampun (pardon), menangguhkan pelaksanaan hukuman (reprieve), serta meringankan atau meredakan hukuman (respite).

​”Ini adalah hak dan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong dan semua pihak harus menghormatinya,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles