Kaunter Diskaun Saman Trafik Paling Dapat Sambutan Sepanjang Program AKM

KUALA LUMPUR: Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang bermula hari ini, bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Namun kaunter pembayaran saman yang menawarkan diskaun hingga 80 peratus mendapat sambutan memberansangkan apabila ramai yang sanggup beratur panjang seawal jam 9 pagi.

Rata-rata mereka enggan melepaskan peluang melangsaikan tunggakan saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sehingga Ahad ini, Program 100 Hari AKM disertai 26 kementerian dan lima agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), dengan membuka kaunter perkhidmatan masing-masing selain 98 jualan gerai usahawan dan penyertaan 70 majikan melalui karnival kerjaya.

Selain diskaun saman, program menarik lain yang ditawarkan ialah Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia, Jom Masuk IPT Keluarga Malaysia, pertandingan e-sport, sukan rakyat, padanan perniagaan, zumba dan cabutan bertuah.

BBerkaitan

Latest articles