Jumlah Orang Meninggal Dunia Akibat COVID-19 Di Sepanyol Dah Melepasi 60,000

Bimbang apabila melihat angka kematian akibat COVID-19 di negara lain yang begitu tinggi.

Di Madrid, Sepanyol, angka orang yang meninggal dunia akibat pandemik itu melepasi jumlah 60,000 semalam apabila 565 kematian pula direkodkan dalam tempoh 24 jam, demikian jumlah diumumkan oleh Kementerian Kesihatan negara itu.

Rekod yang agak membimbangkan itu muncul, selepas pihak berkuasa kesihatan memaklumkan kes koronavirus di Sepanyol semakin berjaya dikawal dalam gelombang ketiga, walaupun jumlah kematian terus meningkat secara konsisten.

Kes kematian baharu di negara itu menjadikan angka korban keseluruhan meningkat kepada 60,370 orang, dengan kes baharu positif COVID-19 turut bertambah kepada 31,596 dalam tempoh 24 jam.

Ini menjadikan kes kumulatif jangkitan wabak itu kini mencecah 2,883,465 orang.

BACA JUGA – UMNO Dah Lama Kena Talkin Jika Ia Lemah – Zahid

Difahamkan, jumlah sebenar kematian akibat COVID-19 dilaporkan jauh lebih tinggi, berbanding angka dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Pada Disember tahun lepas, Institut Statistik Nasional Sepanyol menyatakan, lebih 45,000 penduduk meninggal dunia dalam tempoh tiga bulan pertama bermulanya wabak itu.

Angka yang dicatatkan itu menunjukkan pertambahan kematian sebanyak 18,000 orang, berbanding statistik dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Menurut institut itu, pihak berkuasa hanya mengambil kira individu yang sudah menjalani ujian dan disahkan positif wabak itu.

Pada 21 Oktober lalu, Sepanyol menjadi negara Eropah pertama mencatatkan angka kes COVID-19 melepasi sejuta tetapi Perdana Menterinya, Pedro Sanches berkata, angka sebenarnya tiga kali ganda lebih tinggi.

Ketika negara Eropah lain memperketat undang-undang dengan melaksanakan perintah berkurung secara berulang dalam tempoh dua hingga tiga kali, Sepanyol berpandangan sekatan menerusi langkah darurat diambil mencukupi.

Selain Sepanyol, negara lain di Eropah yang turut mencatatkan angka kematian tertinggi ialah United Kingdom, Perancis dan Itali.

Latest articles

Related articles

spot_img