Jumlah Kenderaan Meningkat 30% Pada Hari Pertama PKPB

Hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan hampir 30 peratus.

Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya sambil menambah kesemua sekatan jalan raya di pusat bandar ini turut dihentikan.

“Kita mendapat arahan daripada Ketua Polis Kuala Lumpur untuk menamatkan sekatan jalan raya di sekitar ibu negara selain tiada penutupan jalan pada masa ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pihaknya kini memberi fokus kepada operasi penguatkuasaan trafik termasuk Op Mabuk dan Op Samseng Jalanan.

“Di samping itu, kita juga akan membantu dalam membuat pemantauan tempat orang ramai berkumpul atau tempat meletak kenderaan,” katanya.

Pelaksanaan PKPB diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mei lalu dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai esok tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

BBerkaitan

Latest articles