Jawatan TPM: Bukan Tiga, Tapi Hanya Dua Yang Dijanjikan

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) hanya menawarkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya ia berjaya menang dalam PRU15 akan datang.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Akhbar kepada Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah yang menggesa pemberita membetulkan laporan semalam.

Ujar Tunku Nashrul, Anwar hanya mengumumkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri membabitkan seorang dari Semenanjung dan seorang mewakili Sabah atau Sarawak (Borneo).

“Pendirian dan semangat ini konsisten sejak era Pakatan Rakyat sehingga kini.

“Saya memohon jasa baik rakan-rakan media supaya dapat memperbetulkan laporan yang sudah dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media pada semalam melaporkan Anwar berkata bahawa gabungan politik PKR-DAP-Amanah akan mengekalkan cadangan sebelum ini supaya tiga jawatan timbalan perdana menteri (TPM) diwujudkan jika gabungan itu dipilih menerajui kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan depan.

Laporan itu menyebut, cadangan itu merangkumi seorang TPM masing-masing dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Cadangan ini dari dulu lagi sejak zaman Pakatan Rakyat, kita akan ada satu TPM dari Semenanjung, satu dari Sabah dan satu dari Sarawak.

“Tetapi kalau ada perubahan, nanti kita akan bincang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Jelajah PH Sabah.

BBerkaitan

Latest articles