Jangan usik, hormati rakan-rakan komponen dalam kerajaan perpaduan – Zahid

PUTRAJAYA — Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa pemimpin di dalam partinya tidak mengusik dan sebaliknya menghormati dengan rakan-rakan komponen di dalam parti-parti kerajaan perpaduan.

Beliau juga berkata Pakatan Harapan (PH) tidak perlu meminta maaf kepada Umno berikutan menganggap gesaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini sebagai kenyataan peribadi.

“Selagi presiden parti atau ketua parti tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, kenyataan-kenyataan itu adalah berbentuk peribadi.

“Tidak perlu minta maaf, jangan usik rakan-rakan komponen di dalam parti-parti kerajaan perpaduan,” katanya.

@therakyatinsightJangan usik, hormati rakan-rakan komponen dalam kerajaan perpaduan kata Presiden UMNO hari ini

♬ original sound – The Rakyat Insight

Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Rakan NADMA “Malaysia Madani, Siaga Bencana”.

Sebelum ini, Nur Jazlan menyeru PH memohon maaf secara terbuka kepada Umno atas segala tohmahan, tuduhan, dan persepsi yang didakwa ‘dicipta sejak berpuluh tahun lalu’, sehingga menyebabkan parti itu dipandang kotor pengundi.

Zahid juga berkata buat masa ini semua parti mesti mengekalkan keadaan dan situasi perpaduan kerajaan.

“Tadi sebelum dan selepas mesyuarat Jemaah Menteri saya telah bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita ketepikan perbezaan pandangan ini dan kita mesti berjalan ke hadapan untuk menjalin kerjasama yang baik dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Umum (PRU).

Pimpinan UMNO diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang masalah terhadap parti komponen Kerajaan Perpaduan.

BBerkaitan

Latest articles