Isytihar Darurat Tak Bermaksud Muhyiddin Buat Silap

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu meminta maaf terhadap rakyat dengan tindakannya memohon perkenan Proklamasi Darurat daripada Yang di-Pertuan Agong, Selasa lalu.

Penganalisis politik, Dr Azmi Hassan berkata, pengisytiharan darurat bukanlah kesalahan besar Muhyiddin kepada rakyat.

Beliau percaya rakyat akan faham dengan situasi yang berlaku ketika ini, memandangkan kes harian membabitkan COVID-19 semakin hari semakin meningkat berbanding sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diadakan tahun lepas.

“Saya lihat ramai rakyat berfikiran waras pada ketika ini. Ramai melihat pandemik belum berjalan dikawal bagi membolehkan pilihan umum diadakan.

“Ini memberi peluang kepada kerajaan untuk terus mentadbir kerana selama ini tadbir urus negara diganggu dan kerajaan tidak dapat menumpu 100% perhatian bagi menangani wabak COVID-19,” katanya.

Azmi dalam pada itu berkata, pengisytiharan darurat juga tidak menganggu aktiviti politik, sosial dan ekonomi, walaupun menjangka SOP aktiviti sosial dan perniagaan akan menjadi lebih ketat.

Selasa lalu, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan Proklamasi Darurat sehingga 1 Ogos depan, atau pada satu tarikh yang lebih awal bagi membendung pandemik COVID-19.

Proklamasi Darurat ini juga sebagai langkah meredakan suhu panas politik sejak kebelakangan ini dimana wujudnya desakan untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

BBerkaitan

Latest articles