Ismail Sabri Harap Penjawat Awam Buat Pilihan Tepat

KUALA SELANGOR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berharap agar pengundi awal dapat membuat pilihan yang tepat demi kestabilan negara pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ismail Sabri berkata, pengundi awal perlu membuat perbandingan sewaktu pemerintahan BN dan semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH), yang mana PH ketika itu jelas gagal melaksanakan apa yang diharapkan rakyat.

“Peluang yang diberikan kepada PH oleh rakyat ketika itu adalah untuk melihat perubahan yang boleh dilakukan oleh mereka dalam mentadbir negara.

“Bagaimanapun apa yang jelas bahawa mereka (PH) gagal melaksanakan apa yang diharap oleh rakyat.

“Saya percaya mereka perlu buat perbandingan sewaktu pemerintahan BN dan sewaktu pemerintahan PH,” katanya semasa sidang akhbar selepas Sembang Santai Anak Muda Kuala Selangor di Bandar Puncak Alam di sini malam tadi.

Dalam pada itu, ditanya mengenai tahap sokongan penjawat awam kepada BN, Ismail Sabri memberitahu, sokongan terhadap parti itu tinggi.

“Dari segi kerajaan memang kita menjaga kepentingan penjawat awam jauh daripada PH, saya yakin esok penjawat awam akan menyokong BN,” jelasnya.

BBerkaitan

Latest articles