Helikopter Milik TLDM Mendarat Cemas, Kesemua Empat Kru Selamat

KUALA LUMPUR: Sebuah helikopter Super Lynx Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mendarat cemas di perairan Pantai Klebang, Melaka dalam kejadian pukul 10.50 malam tadi.

TLDM dalam satu kenyataan berkata, insiden itu berlaku ketika pesawat sedang melaksanakan penerbangan demonstrasi sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-60 Grup Gerak Khas (GGK), Tentera Darat Malaysia (TDM).

Menurutnya, seramai empat kru udara berada dalam pesawat ketika kejadian dan mereka berjaya diselamatkan serta dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.

“Semua kru berada dalam keadaan sedar dan stabil serta sedang dipantau oleh pasukan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Tambah kenyataan itu, TLDM telah mengambil tindakan serta-merta dengan mengatur gerakan operasi salvaj pesawat tersebut.

Katanya, sebuah lembaga siasatan juga ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“TLDM memohon orang ramai agar tidak menularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga sensitiviti dan kelancaran proses penyiasatan,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles