Hati-Hati Beli Alat Pengimbas Suhu Dijual Terlalu Murah

Satu peringatan diberikan oleh Kementerian Perdagangan Dala Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kepada orang ramai supaya periksa dan dapatkan pengesahan pihak yang bertanggungjawab sebelum membeli produk kesihatan yang dijual dengan harga yang amat murah.

Sejak kebelakangan ini, ada menjadi buah mulut orang ramai tentang harga alat pegimbas suhu badan yang dijual di saluran beli belah atas talian dengan harga yang amat murah.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata alat pengimbas suhu yang dijual jauh lebih murah berbanding pasaran dibimbangi alat berkenaan tidak berfungsi dengan baik dan mungkin pembelinya sekadar mahu memenuhi syarat Prosedur Operasi Standard (SOP).

Kini, pihak kementerian sudah menyedari ada berlaku kejadian sedemikian dan ia akan diambil tindakan.

BACA JUGA – Tuduhan Mahathir Seperti Menghina Mahkamah 

“Buat masa sekarang kita hanya boleh menasihati peniaga dan pengguna supaya membelinya daripada kedai yang sah dan diakui membekal alat berkenaan.

“Jangan beli daripada penjual tidak sah dan pastikan alat pengimbas mempunyai pengesahan Sirim Berhad (Sirim) bagi memastikan ia berfungsi dengan baik,” katanya selepas program pematuhan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Kuala Terengganu, semalam.

Pihak Kementerian tidak ada satu peraturan khusus berkaitan alat pengimbas suhu digital produk murahan berkenaan.

Harga produk berkenaan diketahui sebelum ini berharga sekitar RM200 ke atas tetapi ada platform jual beli atas talian menjualnya hanya dengan harga RM45.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedai atau pembekal menjual alat tidak berkualiti itu boleh melaporkannya kepada KPDNHEP untuk tindakan.

“Tolong jangan beli alat pengimbas digital sangat murah berbanding harga pasaran kerana ia pasti barangan yang tidak berkualiti.

“Ia tidak mencapai matlamat ditetapkan dalam SOP PKPP jika alat berkenaan tidak tidak berfungsi seperti sepatutnya,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles