Gambar Anggota Polis Trafik Selangor Lindungi Anjing Dilanggar Kenderaan Tular

Tular di media sosial Facebook pagi ini gambar seorang anggota Polis Trafik mengawal pergerakan lalu lintas serta ada seekor anjing duduk di tengah-tengah antara dua buah motosikal polis berkenaan.

Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Polis) (PDRM) memuat naik gambar berkenaan dan menobatkan gambar itu sebagai gambar terbaik hari ini dengan tajuk “Setiap Makhluk Ciptaan Tuhan Adalah Berharga”.

“Sama-samalah kita berbuat baik dan menyayangi antara satu sama lain kerana setiap yang bernyawa berhak menikmati hidup dengan aman dan selesa,” menurut laman Facebook berkenaan.

Anjing berkenaan rupa-rupanya cedera dilanggar kenderaan di Kilometer 13.8 Lebuhraya Persekutuan, di Kuala Lumpur pagi tadi.

Anggota trafik dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Selangor telah menyelamatkan anjing berkenaan dan melindunginya kerana keadaan pada waktu itu ialah waktu puncak pergerakan trafik pada waktu pagi.

“Walaupun sibuk dalam memastikan laluan trafik di Kuala Lumpur berjalan lancar, bantuan tetap diberikan kepada anjing berkenaan demi memastikan ia selamat dan kembali berjalan semula,” menurut kapsyen Facebook PDRM.

Dalam gambar nampak keadaan trafik begitu sibuk dan anggota polis dilihat meletakkan motosikal mereka di tengah lebuh raya berkenaan dan anjing itu elok duduk diam berehat cuba memulihkan dirinya kembali.polis

BACA JUGA – Dr Adham Berani, Kuasa Menteri Guna Akta 342 Laksana PKP Untuk Bendung Covid-19

Ketika negara dilanda krisis wabak Covid-19, bukan rakyat Malaysia dijaga kesihatan dengan baik, kerajaan turut prihatin kepada nasib makhluk lain yang juga tidak bernasib baik.

Pihak Polis dan Kementerian Dalam Negeri wajar diberikan pujian kerana mereka melakukan tugas dengan baik demi memastikan semua ruang di dalam negara selamat dari semua jenis ancaman.

BBerkaitan

Latest articles