Gaji Jemaah Menteri Dipotong 20 Peratus Setiap Bulan – PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jemaah menteri bersetuju untuk memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan sehingga ekonomi kembali pulih.

“Jemaah Menteri setuju bahawa semangat terhadap masalah rakyat memotong gaji setiap bulan 20 peratus.

“Pemotongan itu sehingga ekonomi pulih…kalau ekonomi pulih dalam masa tiga tahun…tiga tahunlah.

“Gaji potong ni memang tidak wajar tetapi saya berterima kasih atas kesediaan mereka melakukan sedikit pengorbanan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Khas Kabinet di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut menjawab persoalan mengenai gaji yang diterima beliau sebagai menteri Kewangan.

Katanya, beliau tidak mengambil gaji sebagai Menteri Kewangan.

“Ada orang kata Anwar patut la dia tak ambil gaji Perdana Menteri tetapi dia ambil gaji Menteri Kewangan. Tak betul. Gaji ni satu sahaja,” jelasnya.

BBerkaitan

Latest articles