Fahmi Ulas Isu The 1975, Bukan Kempen Politik Di Masjid – MAIS

KUALA LUMPUR: Siasatan terhadap Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang sebelum ini dituduh berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di sebuah masjid di Selangor adalah tidak berlaku seperti yang didakwa.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebaliknya berkata ucapan Fahmi itu hanya melibatkan isu semasa dan tiada unsur politik.

Sehubungan itu dakwaan kononnya Fahmi berucap di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang pada Julai lalu dianggap telah selesai.

“Kalau tidak silap saya, dia menjawab soalan yang ditanya jemaah di situ, dia tidak bercakap mengenai politik.

“Dia (Fahmi) menjawab soalan berkaitan dengan konsert (aksi biadap The 1957) dan tindakan yang diambil untuk menamatkan konsert berkenaan kerana telah melanggar syarat yang telah dipersetujui bersama.

“Dia tidak sebut politik dalam masjid, pada pandangan saya selesai, dia datang mahu solat, dia cari masjid dan surau berdekatan. Sebagai menteri dia jawablah dengan jelas soalan yang ditanya jemaah,” katanya selepas melancarkan Program Serahan Bendera Jalur Gemilang dan pelepasan Konvoi Ziarah Merdeka MAIS di Bangunan Sultan Idris Shah, hari ini.

Terdahulu, Fahmi dihimpit dengawan dakwaan berkempen di masjid , namun Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) itu menafikannya.

Sebaliknya Fahmi menjelaskan, beliau singgah di situ untuk menunaikan solat zuhur kerana ia masjid paling dekat dengan lokasi program seterusnya.

Menteri itu berkata, beliau dijemput oleh kariah masjid tersebut bagi mengulas isu kumpulan The 1975 ketika berada di masjid berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles