Eric Paulsen Tidak Lagi Menjadi Ahli Dalam MPKM – Kementerian Komunikasi

Selepas perlantikan seorang ahli di dalam Majlis Perundingan Komunikasi dipertikaikan parti PAS dan UMNO, hari ini Kementerian Komunikasi memaklumkan telah melakukan perubahan mengenai keahlian Eric Paulsen di dalam majlis berkenaan.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia memaklumkan peguam Eric Paulsen tidak lagi menjadi ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).

Perkara itu diumumkan dalam kenyataan media yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat kementerian itu hari ini.

Siaran Media Kementerian Komunikasi mengenai keahlian Eric Paulsen

“Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ingin memaklumkan bahawa peguam Eric Paulsen tidak lagi menjadi ahli MPKM.

Baca :- SELEPAS PAS, UMNO PULA MINTA MENTERI JAWAB ISU PELANTIKAN ERIC PAULSEN

“Bagaimanapun keputusan ini tidak akan menjejaskan fungsi MPKM, yang telah ditubuhkan pada 9 Jun 2020 yang lalu,” kata kenyataan itu.

BBerkaitan

Latest articles