Selepas PAS, Umno Pula Minta Menteri Jawab Isu Pelantikan Eric Paulsen

Pelantikan Eric Paulsen sebagai Ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM) terus dipersoalkan ramai pihak.

Kali ini Umno menggesa Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan rasional pelantikan peguam hak asasi berkenaan.

Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Paulsen tidak layak dilantik ke jawatan itu memandangkan beliau pernah mencetuskan kontroversi atas kenyataan berbaur penghinaan terhadap khutbah solat Jumaat, yang didakwanya sebagai mempromosikan unsur ekstremisme pada tahun 2015 yang lalu.

“Jika kepakaran dalam perundangan dan hak asasi manusia menjadi sandaran, Pemuda Umno beranggapan ramai lagi tokoh peguam atau aktivis yang sederhana dan lebih memahami batasan kebebasan bersuara yang menyantuni acuan masyarakat timur bertunjangkan prinsip agama dan budaya boleh menjadi pilihan,” demekian memetik kenyataan media Pemuda Umno hari ini.

Selain menuntut reaksi balas Saifuddin, Pemuda Umno juga mengingatkan Saifuddin untuk tidak menurut langkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini yang dilihat mesra dan giat mempromosikan hak asasi manusia kebangsaan dan meratifikasi Icerd yang diragui akan mengugat keamanan negara.

Sebelum ini, PAS turut mendesak kerajaan membatalkan pelantikan Paulsen.

BBerkaitan

Latest articles