Dr Agus Letak Jawatan Pengarah J-Kom, Dakwa Terima Tawaran Keeja Baru

KUALA LUMPUR: Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengesahkan beliau telah meletak jawatan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), dengan surat pemakluman dihantar kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, semalam.

Menurun Dr Agus, keputusan itu dibuat memandangkan beliau telah menerima tawaran kerja baharu, malah menafikan dirinya ditekan oleh mana-mana pihak.

Untuk rekod, Dr Agus dilantik ke jawatan berkenaan sejak 2 Feb lalu.

“Saya ada tawaran baharu, tidak ada tekanan kepada saya. Jadi, apabila semuanya sudah disahkan, sama ada saya mahu bersara atau menjawat jawatan baharu yang lebih mencabar, tunggu berita itu.

“Kalau peletakan jawatan saya dipersetujui oleh perdana menteri nanti, saya akan meletakkan jawatan dengan serta-merta,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles