Dipaksa Terima ‘Atuk’ Lagi, Pemuda Gesa PKR ‘Angkat Kaki’

Wajar untuk PKR keluar daripada Pakatan Harapan (PH) jika berterusan dipaksa menerima pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sekali lagi.

Demikian reaksi Setiausaha Pemuda PKR, Syukri Abd Razab susulan isu calon PM yang masih mengundang kecelaruan dalam kalangan pembangkang itu.

“Pakatan Harapan sudah tiada nilainya lagi. Mengembalikan mandat rakyat sekadar alasan. Sedangkan dalam mandat 22 bulan yang lepas tak banyak pun yang mereka buat,” tulisnya di Facebook.

Malah beliau turut mengimbau proses pembentukan kabinet selepas Dr Mahathir menjadi perdana menteri sebaik sahaja PH menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Teguran Rafizi Ramli terhadap pemilihan kabinet yang lebih kepada ‘geng’ bekas timbalan presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali langsung tidak diambil endah.

“Tak seorang pun yang menegur ‘atuk’ kerana memilih geng khianat.

“Sekarang rakan-rakan yang sama mendesak PKR untuk sekali lagi menerima atuk sebagai perdana menteri,” demikian memetik catatannya lagi.

PH Plus ketika ini menyokong usaha mengangkat Dr Mahathir kembali sebagai perdana menteri selepas beliau menawarkan diri selama enam bulan.

Bagaimanapun hal itu dilihat kurang disenangi PKR kerana bimbang Dr Mahathir akan sekali lagi mungkir janji, sebagaimana yang pernah dilakukannya sepanjang menjadi perdana menteri dalam tempoh 22 bulan yang lalu.

BBerkaitan

Latest articles