Dewan Rakyat: Kedudukan Pagoh Berubah Ke Blok E, Gandingan Hamzah-Dr Sam Ketuai Pembangkang

KUALA LUMPUR: Kedudukan susunan tempat duduk Ahli Parlimen di Dewan Rakyat menyaksikan perubahan baharu menerusi pelan susunan terkini setakat 18 Jun 2026 yang dikeluarkan oleh Laman Web Rasmi Parlimen.

​Perubahan paling ketara melibatkan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kini telah bertukar kedudukan dan dipindahkan ke Blok E.

​Bagaimanapun, status quo bagi jawatan Ketua Pembangkang kekal milik Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang mengekalkan kedudukan asalnya di barisan hadapan blok pembangkang.

Beliau dilihat duduk bersebelahan dengan Ahli Parlimen Kemaman yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

​Melengkapkan barisan kepimpinan utama pembangkang di saf berkenaan ialah Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang kedudukannya diletakkan bersebelahan dengan Ahmad Samsuri.

​Berdasarkan kemas kini pelan tersebut, susunan bagi blok majoriti pembangkang kini dilihat didominasi secara jelas oleh gabungan dan kerjasama antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Wawasan Negara.

​Pelan tempat duduk baharu ini mencerminkan dinamika blok politik pembangkang semasa di dalam struktur Dewan Rakyat menjelang sidang akan datang.

BBerkaitan

Latest articles