Desak Dr Adham Letak Jawatan? Pembangkang Kena Membaca Dulu

Adakah pemimpin AMANAH bermimpi atau tidak membuat rujukan kerana bergantung kepada media sosial sahaja ketika menghentam Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba?

Itu sindiran Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris terhadap Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Menurut Najmil, pembangkang mungkin tidak sedar bahawa Dr Adham bekerja siang dan malam setiap hari untuk memerangi COVID-19 di negara ini.

“Dia bukanlah ‘instafamous’ yang mencari populariti tetapi berkhidmat demi agama, bangsa dan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu Salahuddin mendesak Dr Adham meletak jawatan berikutan situasi terkini COVID-19 yang menyaksikan peningkatan melebihi 5,000 kes sejak kebelakangan ini.

“Saya syor agar pemimpin tersebut rajin-rajinlah melihat Instagram, Facebook, televisyen, berita terkini Menteri Kesihatan sebelum menuding jari menghentam tanpa usul periksa,” sindirnya.

Beliau turut memaparkan media sosial rasmi Menteri Kesihatan iaitu @dr.adhambaba (Instagram) dan Dr. Adham Baba (Facebook) supaya pemimpin dan penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) dapat membuka sedikit minda mereka.

Seperti yang dinyatakan oleh Najmil Faiz, antara inisiatif yang dilakukan oleh Dr Adham adalah:

⁃ Menubuhkan 213 pusat penilaian Covid-19 bagi memudahkan penilaian pesakit yang kuarantin di rumah.

⁃ Menjalankan kerjasama dengan pelbagai negara seperti Korea Selatan dalam mendapatkan sumbangan RT-PCR Covid-19.

⁃ Giat melakukan rundingan dengan syarikat pengeluar vaksin Covid-19.

⁃ Menghantar keperluan barangan kritikal untuk membendung Covid-19 di Sabah.

⁃ Melaksanakan Pelan Imunisasi Kebangsaan.

⁃ Membuka Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di kawasan yang dikenal pasti.

“Teruskan bekerja untuk rakyat YB Menteri Kesihatan. Tak perlu peduli dengan ‘tin kosong’ yang tidak menyumbang apa-apa,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles