Dakwaan PAS Amal “Double Standard”, Fadhli Jawab Ada Produk Tak Boleh Diboikot

KUALA LUMPUR: PAS mengakui ada sebilangan produk dan jenama keluaran luar negara yang tidak boleh diboikot walaupun mereka menyokong rejim Zionis secara terang-terangan.

Ahli Parlimen Pasir Mas (PN), Ahmad Fadli Shaari juga berkata, yang lebih utama adalah tindakan boikot itu perlu dilakukan dengan kesedaran dan sepenuh hati.

“Ada perkara yang kita tidak mampu nak boikot sebagai contoh penggunaan iPhone, Facebook, dan sebagainya. Apa yang kita boleh boikot, kita boikot, tak boleh buat semua, jangan tinggal semua.

“Malah jangan perlekehkan orang-orang yang nak laksanakan boikot ini kepada barangan yang dikeluarkan syarikat-syarikat menyokong Israel,” katanya dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2024 bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS), di Dewan Rakyat hari ini.

Reaksi Ahmad Fadli itu sebagai menjawab Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin pada semalam yang mempersoalkan pendirian Kerajaan Negeri Kelantan untuk memboikot pengeluar kereta mewah Jerman, Mercedes-Benz yang jelas menyokong Israel dan menyumbang dana berjumlah RM5 juta ke negara berkenaan.

Zhemin ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 peringkat jawatankuasa juga mengingatkan kerajaan negeri pimpinan PAS itu tidak mengamalkan dasar “double standard” dalam tindakan boikot.

Untuk rekod, sejak tahun 2020 lalu, kerajaan negeri Kelantan membeli 14 buah kereta mewah Mercedes Benz sebagai kenderaan rasmi pimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar dan Exconya.

BBerkaitan

Latest articles