Che Nah Akhirnya Terima Lesen Perniagaan Dari DBKL, Turut Buat Sujud Syukur

Kerajaan sekarang begitu cepat membuktikan bahawa ia berada di sini untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan bukannya mahu berebut kuasa dan jawatan tanpa berpenghujung.

Penantian seorang peniaga, Minah Awang atau lebih dikenali sebagai Che Nah untuk berniaga dengan kelulusan yang sah, berakhir hari ini selepas menerima lesen perniagaan dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi tadi.

Lesen diserahkan sendiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa di Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara.

Annuar ketika menyerahkan lesen perniagaan DBKL kepada Che Nah pagi tadi. Foto Wilayahku.

Sejurus menerima lesen, Minah secara spontan bersujud syukur menyebabkan Annuar tersentak dengan perbuatannya itu.

Kata Minah lagi, tidak pernah tiada hari tanpa berurusan dengan DBKL untuk memohon lesen penjaja.

“Sejak 35 tahun lalu, saya sering turun naik ke Pejabat DBKL untuk memohon lesen penjaja.

“Malah sudah lima orang Datuk Bandar silih berganti, namun alasan yang dinyatakan adalah permohonan lesen tersebut dibekukan,” katanya.

BACA JUGA – 42 Peratus Rakyat Malaysia Hilang Pekerjaan Pada Suku Pertama 2020

Che Nah yang berniaga nasi dagang, nasi kerabu, nasi lemak dan kuih-muih menyifatkan pemberian lesen perniagaan itu sebagai hadiah yang berharga selepas terpaksa menunggu dalam masa yang lama.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Annuar kerana mempermudahkan urusan permohonan lesen ini,” katanya. – TRI

BBerkaitan

Latest articles