Bukan Saya, Tapi Ahmad Zahid Yang Khianat UMNO – Tun Faisal

KUALA LUMPUR: Setelah digantung dan dipecat dari UMNO, tidak timbul isu khianat kepada parti apabila menyertai Bersatu, demikian menurut bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

“Yang khianat parti tu bukan saya tapi (Ahmad) Zahid, kluster mahkamah dan kluster munafik dalam UMNO.

“Saya tak khianat, tapi saya digantung dan dipecat kerana menentang golongan pengkhianat, broker (Datuk Seri) Anwar, broker jajaran baru, broker DAP,” katanya.

Tun Faisal merujuk kepada sindiran seorang pengguna media sosial, Syed Rosli Harman yang menggesa Tun Faisal untuk tidak menaruh harapan untuk kembali kepada UMNO selepas mengambil keputusan untuk menjadi ahli Bersatu.

Kata Syed Rosli, UMNO tidak akan menerima semula ahli yang telah mengkhianati parti.

“Saya nak menaruh harapan buat apa? UMNO sudah tidak ada harapan selagi Zahid ada dan selagi sokong DAP, UMNO akan terus ditolak rakyat.

“Pengundi tradisi UMNO dan sekarang termasuklah ditolak oleh ahli-ahli UMNO sendiri yang tidak menyokong Zahid dan tidak dapat terima Anwar dan DAP.

“Jangan risau, saya tak mengharap apa-apa daripada UMDap dan UMNOzahid,” katanya lagi.

Semalam, Tun Faisal secara rasmi menyertai Bersatu dan menerima watikah keahlian daripada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri Perikatan Nasional Negeri Sembilan di Seremban.

Untuk rekod, Tun Faisal dipecat daripada UMNO pada Januari lalu dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO, selepas lantang mengkritik kepemimpinan UMNO, melanggar etika ahli UMNO berdasarkan perlembagaan parti.

Beliau sebelum itu digantung keahlian UMNO selama enam tahun 2021.

BBerkaitan

Latest articles