Bermula 2027 – Tingkatan Enam, Matrikulasi Diambil Alih KPT, Masuk Kategori Pendidikan Tinggi

KUALA LUMPUR: Mulai tahun hadapan, keseluruhan sistem pra-universiti melibatkan Tingkatan Enam dan matrikulasi akan diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perubahan itu bermakna pelajar yang mengikuti laluan pendidikan berkenaan akan diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan tinggi.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035, yang berlangsung hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar turut memaklumkan kerajaan bersetuju memperuntukkan RM100 juta bagi kerja-kerja menaik taraf bilik guru di seluruh negara.

Menurut beliau, lebih 30 peratus bilik guru kini berada dalam keadaan tidak selesa dan tidak selamat, justeru penambahbaikan itu penting demi kebajikan serta keselesaan warga pendidik.

BBerkaitan

Latest articles