Berang Dituduh Ambil Dadah, Suami Tergamak Bakar Isteri

KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut, selepas dua hari bertarung nyawa akibat dibakar suaminya di kediaman mereka di Kampung Bharu, Manjung, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah yang mengesahkan kejadian itu memberitahu, pihaknya menerima panggilan kakak suspek berhubung kejadian pada jam 6.42 petang Isnin.

Jelas beliau, mangsa yang berusia 33 tahun dibawa ke Hospital Seri Manjung bagi menerima rawatan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 12.20 tengah hari semalam.

“Bedah siasat akan dijalankan esok bagi mengetahui punca kematian.

“Manakala suspek berusia 28 tahun ditahan di sebuah restoran di Lumut kira-kira jam 11 malam, kelmarin.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 18 Julai ini bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media.

Tambah Mohamed Nordin, punca kejadian dipercayai suspek tidak berpuas hati dengan mangsa dan keluarganya kerana menuduh lelaki itu mengambil dadah.

“Turut dirampas bahan bukti bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles