Bantuan Wang Ehsan RM202,000 Kepada Mangsa Banjir Di Jalan Kolam Air

KUALA LUMPUR: Bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir dua minggu lalu, MCA Segambut hari ini telah menyampaikan bantuan wang ehsan yang diperuntukkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan kepada 202 Ketua Isi Rumah (KIR) di Jalan Kolam Air.

Pengerusi Zon Parlimen Segambut, Datuk Daniel Ling Sia Chin ketika ditemui pemberita The Rakyat Insight berharap bantuan berkenaan dapat meringankan beban penduduk di Jalan Kolam Air untuk membeli keperluan.

“Pagi ini, kerajaan, di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Menterinya, Datuk Seri Shahidan Kassim telah memberikan bantuan wang tunai ehsan yang telah diluluskan pada minggu lalu.

“Kita berterima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bertungkus-lumus menjayakan program hari ini.

“Penduduk di sini telah diberitahu mengenai bantuan pada minggu lalu melalui aplikasi Whatsapp berhubung pemberian wang tunai RM1,000 pda setiap ketua isi rumah,” ujarnya.

Menurut Daniel, paracpenerima hari ini dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut empat masa yang berbeza untuk mengelakkan kesesakan dan masa menunggu yang lama.

Manakala bagi penerima yang dari golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas pula, bantuan akan disampaikan sendiri oleh wakil Zon Parlimen di rumah mangsa.

Daniel berkata, pemberian bantuan kepada mangsa-mangsa banjir menunjukkan komitmen kerajaan yang terkesan dengan bencana yang melanda Kuala Lumpur dan Selangor, pada bulan lalu.

“Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program hari ini. Di pihak kami juga melahirkan rasa syukur dan bangga kerana penduduk di Jalan Kolam Air mendapat bantuan kerajaan seperti yang dijanjikan,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles