Bajet berasaskan data asing gender mulai tahun depan – PM

KUALA LUMPUR – Bermula tahun depan, kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan kerjasama beberapa badan bukan kerajaa wanita akan menyediakan Gender Responsive Budget iaitu bajet yang berasaskan data asing gender) untuk golongan B40.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif ini akan mengenalmpasti kumpulan sasar dan mengagih sumber mengikut keperluan.

“Pengenalpastian sumber dalam kalangan penerima bukan sahaja kepada ibu tunggal tetapi juga golongan bapa tunggal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Sambutan Hari Wanita Ke-60 Anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO).

Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan mencemar duli.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, kerajaan komited untuk menambah baik dan memperhalusi dasar, perundangan serta program yang lebih peka gender termasuk usaha pembaharuan dalam penyemakan Dasar Wanita Negara dan penggubalan Rang Undang-undang yang prihatin gender.

“Rang Undang-Undang (RUU) Anti Gangguan Seksual 2021 misalnya telah diluluskan sebulat suara oleh Dewan Rakyat pada 20 Julai 2022 dan Dewan Negara pada 11 Ogos 2022, manakala RUU

Jenayah Intip dan Hendap (Anti-Stalking Law) telah dibentang untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat pada 4 Ogos 2022.

“Pelan Tindakan Menangani Perkahwinan Bawah Umur juga akan diteruskan dengan yang terkini, Kedah telah menggubal semula undang-undang perkahwinan Islam yang memberikan perlindungan kepada kumpulan rentan dan lemah.

“Perkara yang sama diharap dapat diikuti di negeri-negeri yang lain agar permasalahan kahwin bawah umur ini dapat diselesaikan,” jelas beliau

BBerkaitan

Latest articles