Sistem Autonomous Rapid Transit, ART yang dicadangkan sebagai penghubung antara ketiga-tiga kawasan di Timur (Pasir Gudang), Utara (Skudai) dan Barat (Iskandar Puteri) ke Bukit Chagar, stesen RTS Link ke Singapura adalah terbukti dicadangkan secara merit dan berasaskan track record ART sebagai antara sistem pengangkutan yang efisien, terbaik dan mesra alam setelah ianya dilaksanakan dengan cemerlang di beberapa buah negara luar.
Pada 16 April 2024, Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi menyatakan Kerajaan Negeri Johor akan mengangkat kertas cadangan mengenai ART, sistem pengangkutan transit berpandu tanpa rel bagi pengangkutan bandar kepada Kerajaan Persekutuan untuk diperhalusi pelaksanaannya di negeri Johor.
Perkara ini telah disahkan oleh Exco Kerajaan Negeri Johor, Lee Ting Han yang memaklumkan Kerajaan Negeri telah menghantar kertas cadangan kepada Kementerian Pengangkutan dan juga Kementerian Ekonomi mengenai perkara tersebut.
Menurut Lee, Kerajaan Negeri mencadangkan pembangunan elevated ART di sekitar Johor Bharu bagi mengatasi kesesakan yang ada.
baca juga – Autonomous Rapid Transit (ART) Penyelesaian Terbaik Atasi Kesesakan Di Johor Bharu
“RTS Link mampu yang membawa 10,000 penumpang setiap jam daripada setiap arah, jadi kita ramalkan ada pertambahan penumpang dalam jumlah yang besar antara Johor dan Singapura setiap hari. Setiap mereka akan membawa kenderaan sendiri dan ini akan mengakibatkan kesesakan di Johor Bharu. Kita mesti mencari jalan untuk menyuraikan orang ramai dan elevated ART adalah cadangan terbaik untuk perkara ini” ujar Lee dalam satu temubual pada 7 Mei 2024.
Lee turut menyatakan Kerajaan Negeri bercadang untuk mengunakan laluan Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT) yang sedia ada untuk ART. Bukan itu sahaja, satu pasukan daripada Johor telah ke Sarawak untuk melakukan kajian awal kebolehsanaan dan prosedur awal untuk melaksanakan projek ART di Johor Bharu.
MENGAPA SISTEM ART INI DIPILIH
Kajian yang dijalankan ini adalah telus dan komprehensif, dan menentukan bahawa sistem yang paling sesuai untuk rangkaian pengangkutan Johor adalah sistem ART. Bila ditanya mengapa ART dipilih, Lee menyatakan sistem ART telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang di Sarawak dan beberapa negara lain. ART telah berjaya dilaksanakan di beberapa negara seperti China, Turkiye, UAE, Mexico dan Indonesia.
ART DI HUNAN, CHINA
ART yang pertama mula diperkenalkan di bandar Zhuzhou, Hunan China pada 24 Oktober 2017. ART yang berukuran 32 panjang ini (gambar di atas) mempunyai kelajuan maksium 70km sejam dan berkemampuan membawa seramai 300 orang penumpang. Dilengkapi dengan sensor, ART ini mampu mengenalpasti dimensi jalan untuk membolehkannya bergerak.
Ketika awal diperkenalkan, ianya menyelusuri jalan sejauh 3.1 kilometer melibatkan empat stesen antara Pusat Sukan Zhuzhou dan Shennong Theater. ART yang dibangunkan oleh CRRC Zhuzhou Locomotive ini difahamkan menjimatkan kos sebanyak 80% daripada sistem trem tradisional yang sedia ada pada waktu itu.
ART yang digunakan di Xian, China. ART di Xian ini beroperasi dari Doumen Station dan berakhir di Happly Valley Station dengan jarak sejauh 11.9 kilometer. ART yang dioperasikan antara jam 6.00 pagi hingga jam 10.00 malam ini mengambil masa antara 10 hingga 15 minit antara dua stesen ini.
ART DI TURKIYE
ART yang beroperasi di Istanbul Turkiye pada 1 April 2024 menghubungkan bandar Beylikdüzü dan Kadıköy sejauh 52 kilometer. Menurut Istanbul Metropolitan Municipality (IMM), ART ini menjimatkan 60% kos minyak dan boleh memuatkan 420 penumpang dalam sesuatu masa.
Dianggarkan dengan perjalanan sejauh 100,000 kilometer, ART boleh menjimatkan kos minyak sejumlah 2.5 juta Turkish Lira. Sistem ART yang dioperasikan di Istanbul ini juga menurut IMM mengurangkan pembebasan karbon dioksida sejumlah 300 tan, menjadikan alam sekitar lebih baik serta mengurangkan pencemaran bunyi dalam bandar.
ART DI ABU DHABI
ART yang diperkenalkan di Abu Dhabi, UAE sejauh 27 kilometer antara Al Reem Mall dan Marina Mall pada Oktober 2023. ART ini boleh memuatkan 200 orang pada sesuatu masa dan meliputi 14 hentian.
Jarak perjalanan antara Al Reem Mall dan Marina Mall yang sejauh 27 kilometer ini adalah dalam masa 1 jam sahaja. ART yang beroperasi di Abu Dhabi ini mampu melalui kawasan yang sesak dan ini merupakan satu alternatif pengangkutan yang lebih efektif bagi pengguna. Tidak perlu lagi bersusah payah pula untuk mencari tempat parking, membayar parking, penjimatan minyak dan tidak mencemarkan udara.
PERCUBAAN SISTEM ART DI PUTRAJAYA
ART mengunakan kuasa eletrik pernah dioperasikan di Putrajaya sempena Putrajaya Open Day pada awal Februari 2024 yang lepas. Dengan kelajuan maksimum 60km per jam. Jarak perjalanan bila cas penuh sejauh 60 km. Untuk percubaan ART di Putrajaya telah bergerak daripada Perbadanan Putrajaya ke Dataran Gemilang, kemudian ke Masjid Putra (Pusing Bulan Putra) dan kembali semula ke Perbadanan Putrajaya.
Malah di Johor sendiri, sistem ART ini pernah diuji pada oleh oleh Malaysia Institute of Transport (MITRANS), sebuah insititusi dibawah Universiti Teknologi MARA, UiTM pada 8 April 2021. Tempoh percubaan ini adalah selama 3 bulan di Iskandar Puteri dan dihoskan sendiri oleh Iskandar Regional Development Authority (IRDA). Menurut pakar daripada MITRANS, sistem ART adalah berteknologi hijau, murah untuk dilaksanakan dan melibatkan kos penyelenggaraan yang rendah.
Oleh sebab itulah, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh telah menyatakan dalam Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15, di Bangunan Sultan Ismail pada 12 Mei 2024 yang Kerajaan Negeri memilih ART berbanding LRT.
“Bagi sistem LRT, ia memerlukan reka bentuk baharu untuk seksyen bertingkat selain memerlukan kelulusan skim landasan bersepadu.Bagi infrastruktur depoh dan stesen LRT, ia memerlukan pengambilan tanah untuk depoh di Desa Jaya dan pengambilan tanah seluas lima ekar bagi landasan untuk switching/shunting.Oleh itu, kerajaan Johor mencadangkan pembangunan ART berbanding LRT di bandar raya Johor Bahru atas alasan yang berkenaan,” katanya.
Terbukti ART dicadang berasaskan merit, track record dan kecemerlangan prestasinya yang telah terbukti berkesan di beberapa negara luar. ART adalah sistem terbaik untuk menyuraikan kesesakan di Johor Bharu.