Aplikasi Gerak Malaysia : Dimuat Turun 1.36 Juta Kali, Polis Terima 605,723 Permohonan

Dimuat turun sebanyak 1.36 juta kali oleh orang ramai dan permohonan yang diterima ialah sebanyak 605,723 oleh pihak Polis Diraja Malaysia untuk mereka yang berhasrat untuk melakukan perjalanan merentas negeri.

Itulah sambutan yang diterima oleh aplikasi Gerak Malaysia yang diwujudkan untuk tujuan menjadikan perjalanan orang ramai merentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan lebih lancar.

Ia bertujuan mendaftarkan mereka yang hendak pulang dari kampung selepas terperangkap di sana ketika PKP.

Dalam satu kenyataan malam ini, Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyeru orang ramai membuat permohonan pergerakan menerusi aplikasi itu sekiranya mereka ingin pulang ke kediaman masing-masing.

Menurutnya, orang ramai juga dinasihatkan untuk log masuk aplikasi itu pada 4, 5 Mei atau esok dan memberikan alamat asal serta alamat destinasi hendak dituju.

“Mohon kerjasama orang ramai untuk membuat permohonan dengan kadar segera bagi bolehkan polis membuat perancangan dan mengatur penugasan untuk memudahkan perjalanan pada 7 hingga 10 Mei ini.

“Sebarang maklumat lanjut mengenai aplikasi itu dan permohonan perjalanan antara negeri, orang awam boleh layariwww.gerakmalaysia.gov.my,” katanya dalam kenyataan itu.

Beliau berkata untuk pengguna telefon bimbit IOS (App Store) mereka diminta mendaftar dari 7 Mei ini sebelum memulakan perjalanan mengikut jadual ditetapkan.

“Untuk makluman, permohonan pergerakan antara negeri juga boleh dibuat secara manual di mana pemohon dikehendaki memuat turun permit pergerakan perintah kawalan pergerakan (PKP) di laman Facebook PDRM atau boleh mengisinya di balai polis berhampiran melalui temu janji untuk mendapat kebenaran ketua balai.

“Satu sidang media akan diadakan esok jam 3 petang untuk memaklumkan perkembangan itu,” katanya. – TRI

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,868FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini