Anwar Perlu Lebih Berani Buat Keputusan, Walaupun Kadangkala Terpaksa Jadi Pembenci – TMJ

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa lebih tegas dan berani dalam membuat sesuatu keputusan, lebih-lebih lagi dalam soal berkaitan kepentingan negara.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga berpandangan Anwar tidak seharusnya terlalu menjaga hati orang di sekelilingnya kerana itu akan membataskan tindakannya.

“Memang niat nak buat sesuatu itu ada, tapi dia perlu ‘laksana lebih banyak’ atau berani dalam membuat sebarang keputusan, tak boleh jaga hati setiap orang.

“Buat apa saja keputusan demi kebaikan negara, sungguhpun kadangkala perlu jadi pembenci.

“Mungkin (dia) ambil jalan terlalu selamat,” katanya dalam podcast “Keluar Sekejap” kendalian bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin dan bekas ketua penerangan Umno, Shahril Hamdan, semalam.

Terdahulu Tunku Ismail ditanya rancangannya selepas menjadi Pemangku Raja Johor memandangkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan dilantik Yang di-Pertuan Agong ke-17 berkuat kuasa 31 Januari depan.

Menerusi sesi temubual yang sama juga, baginda memberi pandangan berkaitan kesesuaian usia pemimpin dalam berpolitik.

Ujar Tunku Ismail, pemimpin parti politik tidak boleh menyisihkan golongan muda yang mempunyai kelayakan

“Kalau anda muda, tetapi lebih kepada populis dengan hanya bercakap berdasarkan teori tanpa praktik, anda tak patut berada dalam bidang politik.

“Bukan nak kata usia, tetapi pandangan yang tidak begitu relevan dengan senario semasa negara. Tentu kita perlu orang muda dalam kerajaan atau politik, tapi bukan hanya berdasarkan usia, tetapi juga kelayakan,’ ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles