Anwar Jawab MUDA, Mesyuarat Sekretariat Hanya Libatkan Parti Asas Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR: Selepas dipersoal Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang berlangsung dua hari lalu hanya melibatkan parti yang mengasaskan kerajaan berkenaan.

Manakala parti-parti lain yang menyokong Kerajaan Perpaduan akan dilibatkan dalam jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditubuhkan.

“Sebenarnya mesyuarat itu adalah mesyurat dalam kalangan parti-parti yang mengasaskan Kerajaan Perpaduan.

“Yang lain akan dibawa dalam jawatankuasa kerana mereka ini menyokong Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Respon Anwar menyusul selepas MUDA meluahkan rasa ralat kerana tidak diundang menghadiri mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Menara Dato’ Onn pada Selasa.

Setiausaha Agung parti itu, Amir Abd Hadi berkata, pihaknya tidak menerima sebaran jemputan termasuk menerusi surat, mesej atau emel.

Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang bermesyurat pertama kali telah bersetuju menubuhkan tiga jawatankuasa.

Jawatankuasa berkenaan adalah, Jawatankuasa Strategi, Jawatankuasa Pilihan Raya dan Jawatankuasa Agenda Kerajaan dan Politik.

BBerkaitan

Latest articles