Anwar Belum Tawar PAS Sertai Kerajaan Perpaduan Secara Rasmi

KUALA LUMPUR: Tiada mana-mana pihak, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim datang kepada PAS untuk menawar parti itu menganggotai Kerajaan Perpaduan, demikian menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Tawaran terbuka kepada Times Magazine, tapi kita belum terima (tawaran) apa-apa,” katanya kepada pemberita pada Muktamar Pas Pusat kali ke-69 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), hari ini.

Reaksi Takiyuddin itu merujuk kepada kenyataan Anwar yang menyatakan beliau pernah menjemput PAS menganggotai Kerajaan Perpaduan pada tahun lalu.

Bagaimanapun Perdana Menteri itu memaklumkan PAS menolak tawaran tersebut.

Dalam masa yang sama Anwar memberi ‘jaminan’ tidak akan menghalang kerjasama dengan parti berkenaan jika ia wujud pada masa akan datang.

Anwar mengesahkan perkara itu ketika ditemu bual Time Magazine yang disiarkan secara dalam talian, 11 Oktober lalu.

BBerkaitan

Latest articles