Aktivis Malaysia GSF 2.0 Diberi Pilihan Teruskan Misi, Ada Cedera Ketika Ditahan Israel

KUALA LUMPUR: Kesemua 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 kini diberi tempoh sehingga esok untuk memutuskan sama ada mahu meneruskan pelayaran selepas dibebaskan daripada tahanan Israel.

Chef de Mission Sumud Nusantara, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman memaklumkan, sebahagian peserta mengalami kecederaan akibat dipukul, namun telah menerima rawatan dan berada dalam keadaan stabil.

Menurutnya, keputusan sama ada untuk meneruskan misi diserahkan sepenuhnya kepada para peserta memandangkan mereka baru melalui pengalaman mencabar termasuk kapal dipintas.

Jika diteruskan, pelayaran dijangka bermula seawal esok atau Selasa ini bergantung kepada keadaan cuaca, melibatkan kira-kira 15 kapal dari Pelabuhan Marmaris, Turki.

Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul turut disambut meriah oleh aktivis lain, dengan beberapa wakil Malaysia menyatakan hasrat untuk terus memperjuangkan misi kemanusiaan ke Gaza.

Sebelum ini, seramai 175 aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia dibebaskan selepas ditahan pihak Israel.

BBerkaitan

Latest articles