Akhirnya Peguam Yang Dikehendaki 3 Tahun Direman SPRM

Seorang peguam yang dikehendaki pihak berkuasa sejak 2017, direman 7 hari sehingga 18 Jun ini bagi membantu siasatan kes pembelian tanah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di Tongod.

Majistret Lovely Natasha Charles membenarkan permohonan reman itu yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Baca :NAIB PRESIDEN WARISAN DIDAKWA PENGUBAHAN WANG HARAM RM8.75 JUTA

Suspek berusia 63 tahun itu ditahan SPRM pada 4.15 petang semalam, selepas hadir ke pejabat agensi anti-rasuah itu di sini pada 1.30 tengah hari bagi memberi kenyataan berhubung kes berkenaan.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, berhubung kes pecah amanah.

Terdahulu, suspek yang diiringi peguam Zahir Shah dan beberapa anggota SPRM, tiba di mahkamah kira-kira 9.40 pagi, menaiki kenderaan agensi anti-rasuah itu.

BBerkaitan

Latest articles